Friday, August 5, 2011

DAJJAL



Siapakah Dajjal?
Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?
Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan
Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.


Makanan Mukmin di zaman Dajjal
Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?
Dalam hadis diceritakan:Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”Gelaran Al MasihSemasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi.


Kata Rasullah s.a.w.;

Dajjal akan mendatangi suatu kaum, kemudian mereka mengikuti Dajal. Lalu Dajal memerintahkan langit supaya menurunkan hujan bagi mereka. Dajal juga menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Dajal juga mampu menyuruh angin untuk bertiup dan sebagainya.

Ini memperkukuhkan lagi kepercayaan Dajjal bahawa dirinya adalah tuhan. Maka, ramai yang menjadi pengikut Dajal oleh kerana kelebihan tersebut. Kelebihan Dajah seterusnya ialah dia mampu membunuh seorang pemuda. Setelah itu, pemuda itu dihidupkan kembali.

Disebutkan juga dalam hadith ketika Dajal terhalang dari memasuki Mekah dan Madinah. Lalu
dia berhenti di sebuah tempat yang dekat dengan Madinah. Pada ketika itu, keluarkan seorang
pemuda yang terbaik pada zaman tersebut.

Lalu pemuda itu berkata ;
"Aku bersumpah sesungguhnya engkaulah Dajal yang diceritakan oleh Rasullah s.a.w dalam hadithnya. Maka, pemuda ini tahu bahawa dia itu adalah Dajal. Lantas mengikari dengan hebat".

Lalu Dajjal berkata kepada pengikutnya dan kepada orang yang berada pada tempat tersebut;
Bagaimanakah kalian kalau pemuda ini aku bunuh, kemudian aku hidupkan kembali. Adakah kalian akan ragu berkenaan hal ini? Adakah kalian ragu akan ketuhananku?

Orang-orang menjawab;
"Tidak!".

Kemudian, dibunuhnya pemuda ini oleh Dajal. Setelah itu dihidupkan kembali. Setelah itu, apa komen pemuda ini? Pemuda ini berkata;
"Demi Allah, sesungguhnya aku lebih yakin bahawa engkau ini Dajal. Aku lebih yakin pada dirimu pada hari ini. Tidak ada lagi orang yang lebih yakin daripada aku bahawa diri engkau adalah Dajal".

Jadi dengan ini, setelah dihidupkan kembali, pemuda ini bukanlah percaya kepada Dajal malah lebih mengingkari Dajjal dan mempengaruhi orang lain supaya tidak beriman kepada Dajal. Lalu Dajal ingin membunuh pemuda ini buat kedua kalinya tetapi dia tidak mampu.

Dalam hadith lain, Rasullah s.a.w menceritakan bahawa pemuda ini dibunuh dengan cara menggergaji sehingga tubuhnya terbelah dua. Kemudian Dajjal berjalan di antara kedua belah tubuh pemuda itu lalu berkata;
"Bangkit lagilah kamu!"

Lantas tubuh yang berbahagi dua itu bercantum kembali dan bangkit lagi. Setelah bangkit, pemuda itu berkata lagi;
"Aku tidak bertambah apapun berkenaan dirimu malah bertambah yakin bahawa engkaulah Dajal".

Kemudian Dajal ingin menyembelihnya untuk kedua kali. Akan tetapi dia tidak mampu melakukannya. Akhirnya dia mengambil tubuh pemuda itu dan dilemparkannya ke dalam api. Orang yang melihat peristiwa itu menyangka bahawa pemuda itu telah dihumban ke neraka. Padahal sebenarnya pemuda itu dilemparkan ke syurga. Dikatakan juga oleh Rasullah s.a.w bahawa pemuda itu dikurniakan syahid yang paling agung disisi Allah s.w.t.

Kesimpulan
Semoga kita semua dapat memiliki jiwa kental seperti sang pemuda yang berdepan dengan Dajjal tadi.

Bersambung...kesan keimanan yang mendalam dalam diri da'i..

Rujukan"
1. Usul dakwah, Dr Abd Karim Zaidan
2. http://www.encikshino.com/2010/05/kisah-usia-40-hari-dajal.html

No comments:

Post a Comment