Thursday, August 4, 2011

Perang salib VI (1228-29)

Perang Salib 6
Paus Innocent III telah mengizinkan Maharaja Frederick II (1194-1250) untuk menunda partisipasinya di Perang Salib IV supaya dia boleh mengatasi masalah diJerman. Penerus Innocent III, Gregory IX, kesal terhadap kelewatan terus menerusFrederick amaran Frederick untuk memenuhi janjinya. Saat sang Maharaja menundalagi dengan alasan sakit Pope langsung meng-ekskomunikasi dia. Saat Frederickakhirnya berangkat, dia berperang dalam keadaan ter-ekskomunikasi.
Situasi aneh ini memulakan suatu perang salib yang aneh. Sebahagian keranaekskomunikasi dari Frederick sedikit orang yang menyokong dia sehingga dia tidak mampu menggalang kekuatan tentera yang besar.
Maharaja Frederick II secara peribadi memimpin perang salib VI. Tapi tanpapertempuran yang bererti dan berdasarkan pengalaman berdialog dengan Muslim di Pulau Sicilia serta kekuatan tentera yang tidak besar. Ia pun berdialog, berunding lagi dengan Muslim iaitu Sultan Mesir Malik Al Kamil yang juga keponakanShalahuddin, akhirnya disepakati perjanjian damai.
Jerusalem tetap dikuasai oleh Muslim tapi Nazareth (kota tempat Nabi Isadibesarkan) dan Betlehem (kota kelahiran Nabi Isa AS) diberikan kepada pihak Kristian Eropah. Frederick II yang masih ter-ekskomunikasi, kemudian dimahkotaisebagai Raja Jerusalem di Gereja kubur Kristus dalam suatu upacara non-agama(Kerana Jerusalem dilarang oleh Gereja untuk melakukan upacara agama akibatstatus Frederick II yang masih ter-ekskomunikasi). Tahun selanjutnya Frederick IIditerima kembali ke Gereja. Namun dia tidak mampu memerintah dengan jayanyaKerajaan Jerusalem dari jauh kerana baron tempatan menolak untuk bekerja sama dengan wakilnya di Jerusalem.

Tahun 1239 dan 1241 ada dua Perang Salib kecil yang dilakukan oleh Thibaud IV dari Champagne dan Roger dari Cornwall. Dua usaha di Syria ini tidak mencapaikejayaan sama sekali.

No comments:

Post a Comment