Wednesday, August 3, 2011

Perang Salib Keempat (1202-1204)


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Salib Keempat
Sebahagian dari Perang Salib
ConquestOfConstantinopleByTheCrusadersIn1204.jpg
Penawanan Constantinople oleh tentera salib pada tahun 1204.
Tarikh1202 - 1204
TempatBalkan
HasilPerpecahan Besar disempurnakan. Penubuhan Empayar Latin.
Perubahan
wilayah
Penubuhan negara tentera salib di Balkan.
Pihak bersengketa
Tentera SalibBalkan
Komander
Holy Roman Empire Arms-single head.svg Otto IV
Armoiries Montferrat.png Boniface I
Blason région fr Champagne-Ardenne.svg Theobald I
Blason Blois Ancien.svg Lois I
Palaiologos-Dynasty-Eagle.svg Alexios V Doukas
Palaiologos-Dynasty-Eagle.svg Isaac II Angelos
Palaiologos-Dynasty-Eagle.svg Alexios III Angelos
Coat of arms of Hungary.png Coat of arms of Croatia.svg 15px Emeric I
Kekuatan
Tentera
  • Tentera salib: 12,000 tentera[1]
  • Venice: 8,000 tentera[2]
Tentera laut
  • Venice: 200 kapal[1]
Tentera
  • Byzantine: 30,000 tentera[3]
Tentera laut
  • Byzantine: 20 Kapal[4]
Perang Salib Keempat (1202-1204) pada awalnya dirancang untuk menawan Jerusalem daripada orang Islam dengan menceroboh Mesir. Sebaliknya pada bulan April 1204, tentera salib menyerang dan menawan kota Constantinople, ibu negara Empayar Byzantine. Tindakan ini dilihat sebagai satu tindak balas hasil daripada Perpecahan Besar dalam agama Kristian yang menyaksikan perpecahan antara Kristian Katolik dan Kristian Ortodoks. Pencerobohan dan penggeladahan kota Constatinople merupakan salah satu penggeladahan yang jelek dalam sejarah manusia.

Isi kandungan

]


Latar belakang

Selepas kegagalan Perang Salib Ketiga (1187-1192), minat bangsa Eropah untuk melancarkan satu lagi Perang Salib pudar. Jerusalem pada ketika itu dikuasai oleh Dinasti Ayubiyyah yang menguasai keseluruhan Syria dan Mesir kecuali sejumlah kecil bandar-bandar di sepanjang persisiran pantai yang dikuasai oleh tentera salib yang berpusat di Acre, di samping kerajaan kristian salib di Cyprus.
Pada tahun 1198, Paus Innocent III yang baru menjadikan perang salib sebagai matlamatnya yang tidak boleh disanggah. Tetapi seruan beliau tidak dihiraukan kalangan monarki di Eropah. Atas pujukan seorang paderi, Fulk dari Neuilly, tentera salib akhirnya dapat dikumpulkan dalam satu pertandingan sukan di Ecry oleh Count Thibaut dari Itali, Boniface. Boniface dan pemimpin lain menghantar utusan ke VeniceGenoa dan negera kota lain untuk mendapatkan kapal pengangkutan ke Mesir yang menjadi sasaran tentera salib. Genoa tidak berminat tetapi pada bulan Mac 1202, Venice bersetuju untuk menyiapkan kapal yang dapat mengangkut 33,500 orang tentera salib. Tentera salib dianggarkan mengandungi 4,500 satria berkuda, 9,000 tentera sokongan pasukan berkuda dan 20,000 tentera.
Majoriti tentera salib yang akan bertolak dari Venice pada bulan Oktober 1202 berasal dari Perancis. Pasukan lain datang dari Flanders danEmpayar Rom Suci termasuk tentera di bawah Biskop Martin.


Serangan ke atas Zara

Pasukan tentera salib yang bertolak dari Venice berjumlah 12,000, kurang dari jumlah yang dijangkakan. Venice yang sudah bersiap sedia dengan kapal-kapal besar cukup untuk tiga kali ganda jumlah tentera yang sepatutnya bertolak dari Venice. Tentera salib tidak mampu membayar Venice jumlah yang dijanjikan. Perkara ini merugikan pihak Venice kerana mereka terpaksa menghentikan kegiatan perdagangan untuk menyiapkan keperluan ekspedisi tentera.
Pihak Venice dan tentera salib akhirnya berjaya mencapai kata sepakat. Venice mahukan tentera salib membantunya menyerang kota Zara yang juga sebuah kota kristian[5]. Zara pernah didominasi oleh pedagang Venice tetapi memberontak pada tahun 1181 dan bersekutu dengan Raja Emeric dari Hungary yang merupakan musuh kepada Venice.
Terdapat dari kalangan tentera salib tidak bersetuju menyerang Zara dan kembali ke tempat mereka tetapi wakil Paus dalam tentera salib bersetuju dengan syarat Venice untuk mengelakkan kegagalan Perang Salib. Paus Innocent bimbang dengan perkembangan ini dan menulis surat kepada pemimpin tentera salib mengancam untuk menyisihkan (excommunicate) mereka[6] sekiranya tentera salib meneruskan hasrat mereka menyerang Zara. Surat ini bagaimanapun disembunyikan dan serangan ke atas Zara diteruskan.
Walaupun menzahirkan mereka sebagai Kristian Katolik dengan menggantung kain bercorak palang di tingkap dan dinding kota, Zara jatuh ke tangan tentera salib dan Venice dalam kepungan yang singkat.

Penggeladahan Constantinople

Selepas berjaya menawan Zara, tentera salib bersiap sedia berangkat ke Mesir dengan kapal mereka. Belum pun sempat berangkat, Alexius Comnenus, yang baru diusir dari takhtanya di Constantinople, meminta bantuan dari tentera salib untuk berkuasa kembali. Baginda berjanji membayar wang yang banyak apabila baginda berjaya menjadi maharaja kembali. Baginda juga berjanji untuk kembali ke pangkuan Gereja Katolik.
Tentera salib bersetuju dengan tawaran Alexius. Pada tahun 1203, dengan bantuan tentera Venice, mereka berjaya menawan Constantinople dan meletakkan Alexius IV kembali di atas takhta. Alexius IV bagaimanapun tidak mempunyai wang untuk membayar tentera salib dan Venice seperti yang dijanjikan. Maharaja Byzantine sebelumnya sempat melarikan diri dengan wang yang banyak menyebabkan kantung perbendaharaan negara kering.
Alexius IV tidak disukai rakyat Constantinople kerana hubungan baginda dengan orang Latin yang kebanyakannya juga adalah tentera salib. Apabila Alexius IV cuba untuk menaikkan cukai untuk meningkatkan perbendaharaan negara dan membayar wang kepada tentera salib dan pihak Venice, baginda semakin dibenci oleh rakyat. Akibatnya baginda dan ayahanda baginda dibunuh dan maharaja baru, Alexius V, menaiki takhta. Tentera salib dan Venice mendesak Alexius V menunaikan janji maharaja sebelumnya. Apabila maharaja Byzantine menolak, tentera salib dan Venice menyerang Constantinople sekali lagi.
Pada 12 April 1204, Constantinople jatuh ke tangan tentera salib dan Venice. Tentera salib dan Venice dengan rakus menggelidah kota Constantinople dan mengambil wang, permata dan emas, serta membawa barangan berharga ini ke tempat mereka. Mereka tidak jadi ke Jerusalem dan tidak juga berlawan dengan kerajaan dinasti Ayub.
Dikhabarkan 900,000 wang perak yang dirompak dari Constantinople. Pihak Venice merampas 150,000 yang sepatutnya dibayar kepada mereka dan 50,000 untuk tentera salib. 100,000 pula dibahagi-bahagikan antara tentera salib dan Venice. Baki 500,000 wang perak pula disimpan secara rahsia oleh satria tentera salib.
Empayar Byzantine pula dibahagikan antara pihak Venice dan pemimpin-pemimpin tentera salib. Empayar Latin di Constantinople ditubuhkan, dan Baldwin dari Flanders dimahkotakan sebagai maharaja Empayar Latin.


Legasi

800 tahun selepas Perang Salib Keempat, Paus John Paul II melahirkan perasaan sedih ke atas apa yang berlaku. Pada tahun 2001, beliau menulis surat kepada Christodoulus, Paderi Besar Athens: "Tragis sungguh apabila penyerang, iaitu mereka yang berangkat untuk membebaskan laluan masuk untuk orang Kristian ke tanah suci, menikam saudara seagama mereka sendiri. Bahawa mereka ini Kristian Latin membuatkan penganut Katolik amat menyesal."[7]
Pada bulan April 2004, dalam ucapan sempena ulangtahun ke-800 penawanan kota, Ketua Ecumnical Bartholomew I secara rasmi menerima permohonan meminta maaf tersebut. Bartholomew mengatakan beliau menerima permohonan maaf berdasarkan semangat Pascha (Easter). [8]
Perang Salib Keempat adalah salah satu antara Perang Salib terakhir yang dipimpin oleh pihak Paus walaupun ia juga tidak dapat dikawal oleh Paus sendiri. Selepas perselisihan faham antara orang biasa dan gereja yang membawa kepada kegagalan Perang Salib Kelima, Perang Salib seterusnya dipimpin oleh raja-raja, kebanyakannya menentang Mesir. Hanya Perang Salib Keenam berjaya menawan Jerusalem, itu pun dalam masa yang singkat. Akibat dari kejadian seperti ini, Perang Salib menjadi perang yang dipengaruhi faktor politik dan ekonomi serta lebih kepada untuk mengaut keuntungan dunia dan bukannya kerana semangat keagamaan.


No comments:

Post a Comment