Wednesday, August 3, 2011

Pengajaran daripada Perang Salib

Perang Salib adalah kumpulan gelombang dari pertikaian agama bersenjata yang dimulai oleh kaum Kristiani pada periode 1095 - 1291; biasanya direstui oleh Paus atas nama Agama Kristian, dengan tujuan untuk menguasai kembali Yerusalem dan "Tanah Suci" dari kekuasaan Muslim dan awalnya diluncurkan sebagai respon atas permohonan dari Empayar Byzantium yang beragama Kristian Ortodox Timur untuk melawan ekspansi dari Dinasti Seljuk yang beragama Islam ke Anatolia. Istilah ini juga digunakan untuk ekspedisi-ekspedisi kecil yang terjadi selama Abad ke 16 di kawasan luar Benua Eropah, biasanya terhadap kaum pagan dan kaum non-Kristiani untuk alasan campuran antara agama, ekonomi dan politik. Skema penomboran tradisional atas Perang Salib memasukkan 9 ekspedisi besar ke Tanah Suci selama Abad ke 11 sampai dengan Abad ke 13. "Perang Salib" lainnya yang tidak bernombor berlanjutan hingga Abad ke 16 dan berakhir ketika iklim politik dan agama di Eropah berubah secara signifikan selama masa Renaissance. Perang Salib pada hakikatnya bukan perang agama, melainkan perang merebut kekuasaan daerah. Hal ini dibuktikan bahawa tentera Salib dan tentera Muslim saling bertukar ilmu pengetahuan. Perang Salib berpengaruh sangat luas terhadap aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial, yang mana beberapa bahkan masih berpengaruh sampai masa kini.
Kerana konfilk dalaman antara kerajaan-kerajaan Kristian dan kekuatan-kekuatan politik, beberapa ekspedisi Perang Salib (seperti Perang Salib Keempat) bergeser dari tujuan semulanya dan berakhir dengan dijarahnya bandar-bandar Kristian, termasuk ibukota Byzantium, Konstantinopel. Perang Salib Keenam adalah perang salib pertama yang bertolak tanpa restu resmi dari gereja Katolik, dan menjadi contoh preseden yang memperbolehkan penguasa lain untuk secara individu menyerukan perang salib dalam ekspedisi berikutnya ke Tanah Suci. Konflik dalaman antara kerajaan-kerajaan Muslim dan kuasa-kuasa politik pun mengakibatkan persekutuan antara satu puak menentang puak lain seperti persekutuan antara kekuatan Tentara Salib dengan Kesultanan Rum yang Muslim dalam Perang Salib Kelima.
KONTEK SEJARAH
Keadaan Eropah Barat Asal mula idea perang salib adalah perkembangan yang berlaku di Eropah Barat sebelumnya pada Abad Pertengahan, selain itu juga menurunnya pengaruh Empayar Byzantium di timur yang disebabkan oleh gelombang baru serangan Muslim Turki.Pecahnya Empayar Carolingian pada akhir Abad Ke-9, digabungkan dengan stabilnya sempadan Eropah sesudah peng-Kristian-an bangsa-bangsa Viking, Slav dan Magyar, telah membuat kelas petarung bersenjata yang tenaganya digunakan secara salah untuk bertengkar satu sama lain dan meneror penduduk tempatan.Gereja berusaha untuk menekan keganasan yang berlaku melalui gerakan-gerakan Pax Dei dan Treuga Dei. Usaha ini dinilai berhasil, akan tetapi para kesatria yang berpengalaman selalu mencari tempat untuk menyalurkan kekuatan mereka dan peluang untuk memperluaskan daerah kekuasaan pun menjadi semakin tidak menarik. Kecuali pada saat terjadi Reconquista di Sepanyol dan Portugal, di mana pada saat itu ksatria-ksatria dari Iberia dan pasukan lain dari beberapa tempat di Eropah bertempur melawan pasukan Moor Islam, yang sebelumnya berjaya menyerang dan menakluk sebahagian besar Semenanjung Iberia dalam jangka masa 2 abad.
Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan restu kepausan bagi kaum Kristian Iberia untuk memerangi kaum Muslim. Paus memberikan baik restu kepausan standard mahupun pengampunan bagi siapa saja yang terbunuh dalam pertempuran tersebut. Maka, permintaan yang datang dari Empayar Byzantium yang sedang diancam oleh kaum Muslim Seljuk, menjadi perhatian semua orang. Hal ini terjadi pada tahun 1074, dari Maharaja Michael VII kepada Paus Gregory VII dan sekali lagi pada tahun 1095, dari Maharaja Alexius I Comnenus kepada Paus Urban II.
Perang Salib adalah sebuah gambaran dari dorongan keagamaan yang mendedah yang merebak pada akhir abad ke-11 di masyarakat. Seorang tentera Salib, sesudah memberikan sumpah sucinya, akan menerima sebuah salib dari Paus atau wakilnya dan sejak saat itu akan dianggap sebagai "tentera gereja". Hal ini sebahagian adalah kerana adanya Kontroversi Investiture, yang berlangsung mulai tahun 1075 dan masih berlangsung semasa Perang Salib Pertama. Kerana kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam Kontroversi Investiture berusaha untuk menarik pendapat awam, maka masyarakat terlibat secara peribadi dalam pertentangan keagamaan yang dramatik. Hasilnya adalah kebangkitan semangat Kristian dan minat awam pada masalah-masalah keagamaan. Hal ini kemudian diperkuat oleh propaganda keagamaan tentang Perang untuk Keadilan untuk mengambil kembali Tanah Suci - yang termasuk Baitulmuqaddis (di mana kematian, kebangkitan dan pengangkatan Yesus ke syurga terjadi menurut ajaran Kristian) dan Antioch (bandar Kristian yang pertama) - dari orang Muslim. Selanjutnya, "Penebusan Dosa" adalah faktor penentu dalam hal ini. Ini menjadi dorongan bagi setiap orang yang merasa pernah berdosa untuk mencari cara menghindar dari kutukan abadi di dalam neraka.Persoalan ini diperdebatkan dengan hangat oleh para tentera salib tentang apa sebenarnya arti dari "penebusan dosa" itu. Kebanyakan mereka percaya bahawa dengan merebut Yerusalem kembali, mereka akan dijamin masuk syurga pada saat mereka meninggal dunia. Akan tetapi, kontroversi yang berlaku adalah apa sebenarnya yang dijanjikan oleh paus yang berkuasa pada saat itu. Suatu teori menyatakan bahawa jika seseorang gugur ketika bertempur untuk Yerusalemlah "penebusan dosa" itu berlaku. Teori ini mendekati kepada apa yang diucapkan oleh Paus Urban II dalam pidato-pidatonya. Ini bererti bahawa jika para tentera salib berjaya merebut Jerusalem, maka orang-orang yang selamat dalam pertempuran tidak akan diberikan "penebusan". Teori yang lain menyebutkan bahawa jika seseorang telah sampai ke Baitulmuqaddis, orang tersebut akan dibebaskan dari dosa-dosanya sebelum Perang Salib. Oleh kerana itu, orang tersebut akan tetap boleh masuk neraka jika melakukan dosa, sesudah Perang Salib. Seluruh faktor inilah yang memberikan sokongan masyarakat kepada Perang Salib Pertama dan kebangkitan keagamaan pada abad ke-12.
Situasi Timur Tengah Kewujudan Islam di Tanah Suci harus dilihat sejak penaklukan bangsa Arab terhadap PalestinaYerusalemByzantium yang beragama Kristian Orthodox Timur.pada abad ke-7. Hal ini sebenarnya tidak terlalu mempengaruhi penziarahan ke tempat-tempat suci kaum Kristiani atau keselamatan dari biara-biara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci Kristian ini. Sementara itu, bangsa-bangsa di Eropah Barat tidak terlalu peduli atas dikuasainya - yang berada jauh di Timur - sampai ketika mereka sendiri mula menghadapi pencerobohan dari orang-orang Islam dan bangsa-bangsa bukan-Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Akan tetapi, kekuatan bersenjata kaum Muslimlah yang berjaya memberikan tekanan yang kuat kepada kuasa Empayar
Titik balik lain yang berpengaruh terhadap pandangan Barat kepada Timur adalah ketika pada tahun 1009, khalifah Bani Fatimiah, Al-Hakim bi-Amr Allah memerintahkan penghancuran Gereja Makam Suci (Church of The Holy Sepulchre).Penerusnya membenarkan Empayar Byzantium untuk membina gereja itu kembali dan membenarkan para peziarah untuk berziarah di tempat itu lagi. Akan tetapi banyak laporan yang beredar di Barat tentang kekejaman kaum Muslim terhadap para peziarah Kristian. Laporan yang didapat dari para peziarah yang pulang ini kemudian memainkan peranan penting dalam perkembangan Perang Salib pada akhir abad itu.
Penyebab Lompat Penyebab langsung dari Perang Salib Pertama adalah permohonan Maharaja Alexius I kepada Paus Urban II untuk menolong Empayar Byzantium menahan laju pencerobohan tentera Muslim ke dalam wilayah empayar tersebut. Pada tahun 1071, di Pertempuran Manzikert, Empayar Byzantium telah dikalahkan oleh pasukan Muslim Seljuk dan kekalahan ini berujung kepada dikuasainya hampir seluruh wilayah Asia Kecil (Turki moden). Walaupun Pertentangan Timur-Barat seldang berlangsung antara gereja Katolik Barat dengan gereja Orthodox Timur, Alexius I mengharapkan respon yang positif atas permohonannya. Bagaimanapun, respon yang didapati amat besar dan hanya sedikit bermanfaat bagi Alexius I. Paus menyeru bagi kekuatan pencerobohan yang besar bukan saja untuk mempertahankan Empayar Byzantium, akan tetapi untuk merebut kembali Jerusalem. Ketika Perang Salib Pertama didengungkan pada tahun 1095, para pangeran Kristian dari IberiaGalicia dan Asturia, wilayah Basque dan Navarre, dengan peringkat kejayaan yang tinggi, selama seratus tahun. Kejatuhan bangsa Moor ToledoKerajaan Leon pada tahun 1085 adalah kemenangan yang besar. Ketidak bersatuan penguasa-penguasa Muslim merupakan faktor yang penting, dan kaum Kristian, yang meninggalkan para wanitanya di garis belakang, amat sukar untuk dikalahkan. Mereka tidak mengenal hal lain selain bertempur, mereka tidak mempunyai taman-taman atau perpustakaan untuk dipertahankan. Para kesatria Kristian ini merasa bahawa mereka bertempur di persekitaran asing yang dipenuhi oleh orang kafir sehingga mereka dapat berbuat dan merosakkan sekehendak hatinya. Seluruh faktor ini kemudian akan dimainkan kembali di lapangan pertempuran di Timur. Ahli sejarah Sepanyol melihat bahawa Reconquista adalah kuasa besar dari karakter Castilia, dengan perasaan bahawa kebaikan yang tertinggi adalah mati dalam pertempuran mempertahankan ke-Kristen-an suatu Negara. sedang bertempur untuk keluar dari pergunungan kepada
Keadaan Selepas Perang Salib Pertama Perang Salib Pertama melepaskan gelombang semangat perasaan paling suci sendiri yang diekspresikan dengan pembunuhan terhadap orang-orang Yahudi yang menyertai pergerakan tentera Salib melintasi Eropah dan juga perlakuan kasar terhadap pemeluk Kristian Orthodox Timur. Kekerasan terhadap Kristian Orthodox ini berpunca pada penjarahan kota Konstantinopel pada tahun 1024, di mana seluruh kekuatan tentera Salib ikut serta. Selama terjadinya serangan-serangan terhadap orang Yahudi, pendeta tempatan dan orang Kristian berupaya melindungi orang Yahudi dari tentera Salib yang melintas. Orang Yahudi seringkali diberikan perlindungan di dalam gereja atau bangunan Kristian lain, akan tetapi, massa yang beringas selalu menerobos masuk dan membunuh mereka tanpa pandang bulu.
Pada abad ke-13, perang salib tidak pernah mencapai tahap populariti yang tinggi di masyarakat. Sesudah bandar Acra jatuh untuk terakhir kalinya pada tahun 1291 dan selepas penghancuran bangsa Occitan (Perancis Selatan) yang berfahaman Catharisme pada Perang Salib Albigensian, idea perang salib mengalami kemerosotan nilai yang diakibatkan oleh justifikasi lembaga Kepausan terhadap pencerobohan politik dan kawasan yang berlaku di Katolik Eropah.
Orde Ksatria Salib mempertahankan wilayah adalah orde Knights Hospitaller.Sesudah kejatuhan Acra yang terkini, orde ini menguasai Pulau Rhodes dan pada abad ke-16 dibuang ke Malta. Tentera-tentera Salib yang terakhir ini akhirnya dibubarkan oleh Napoleon Bonaparte pada tahun 1798.
Peninggalan Benua Eropah Perang Salib selalu dikenang oleh bangsa-bangsa di Eropah bahagian Barat di mana pada masa Perang Salib merupakan negara-negara Katolik Rom. Sungguh pun demikian, banyak pula kritikan pedas terhadap Perang Salib di negara-negara Eropah Barat pada zaman Renaissance. Politik dan Budaya
Perang Salib amat mempengaruhi Eropah pada Abad Pertengahan. Pada masa itu, sebahagian besar benua disatukan oleh kuasa Kepausan, akan tetapi pada abad ke-14, perkembangan birokrasi yang berpusat (dasar dari negara-bangsa moden) sedang pesat di Perancis, Inggeris, Burgundi, Portugal, Castilia dan Aragon. Hal ini sebahagian didorong oleh dominasi gereja pada masa awal perang salib.
Meski benua Eropah telah bersinggungan dengan budaya Islam selama berabad-abad melalui hubungan antara Semenanjung Iberia dengan Sicily, banyak ilmu pengetahuan di bidang-bidang sains, perubatan dan senibina diserap dari dunia Islam ke dunia Barat semasa perang salib.
Pengalaman tentera perang salib juga mempunyai pengaruh di Eropah, seperti misalnya, istana-istana di Eropah mula menggunakan bahan dari batu-batuan yang tebal dan besar seperti yang dibuat di Timur, tidak lagi menggunakan bahan kayu seperti sebelumnya. Sebagai tambahan, tentera Salib dianggap sebagai pembawa budaya Eropah ke dunia, terutama Asia.
Bersama perdagangan, penemuan-penemuan dan penciptaan-penciptaan sains baru mencapai timur atau barat. Kemajuan bangsa Arab termasuk perkembangan aljabar, kanta dan lain-lain mencapai barat dan menambah laju perkembangan di universiti-universiti Eropah yang kemudian mengarahkan kepada masa Renaissance pada abad-abad berikutnya.
Perdagangan Keperluan untuk memuat, menghantar dan menyediakan bala tentera yang besar menumbuhkan perdagangan di seluruh Eropah. Jalan-jalan yang sebahagian besar tidak pernah digunakan sejak masa pendudukan Rom, terlihat mengalami peningkatan disebabkan oleh para peniaga yang berniat mengembangkan usahanya. Ini bukan sahaja kerana Perang Salib mempersiapkan Eropah untuk bergerak akan tetapi lebih kerana banyak orang ingin bepergian selepas diperkenalkan dengan produk-produk dari timur. Hal ini juga membantu pada masa-masa awal Renaissance di Itali, kerana banyak negara-bandar di Itali yang sejak awal mempunyai hubungan perdagangan yang penting dan menguntungkan dengan negara-negara Salib, baik di Tanah Suci mahupun kemudian di daerah-daerah bekas Byzantium.
Pertumbuhan perdagangan membawa banyak barang ke Eropah yang sebelumnya tidak mereka kenal atau amat jarang ditemui dan sangat mahal. Barang-barang ini termasuk pelbagai macam rempah-rempah, gading, batu-batu mulia, teknik pembuatan barang kaca yang maju, bentuk awal dari mesiu, limau, epal, hasil-hasil tanaman Asia dan banyak lagi.
Kejayaan untuk memelihara Katolik Eropah, bagaimanapun, tidak dapat mengabaikan kejatuhan Empayar Kristian Byzantium, yang sebahagian besar disebabkan oleh keganasan tentera Salib pada Perang Salib Keempat terhadap Kristian Orthodox Timur, terutama pembersihan yang dilakukan oleh Enrico Dandolo yang terkenal, penguasa Venice dan sponsor Perang Salib Keempat Tanah Byzantium adalah negara Kristian yang stabil sejak abad ke-4. Sesudah tentera Salib mengambil alih Konstantinopel pada tahun 1204, Byzantium tidak pernah lagi menjadi sebesar atau sekuat sebelumnya dan akhirnya jatuh pada tahun 1453.
Melihat apa yang terjadi terhadap Byzantium, Perang Salib lebih dapat digambarkan sebagai perlawanan Katolik Rom terhadap pengembangan Islam, berbanding perlawanan Kristian secara utuh terhadap pengembangan Islam. Di lain pihak, Perang Salib Keempat dapat disebut sebuah anomali. Kita juga boleh mengambil suatu kompromi atas kedua-dua pendapat di atas, khususnya bahawa Perang Salib adalah cara Katolik Rom utama dalam menyelamatkan Katolikisme, iaitu tujuan yang utama adalah memerangi Islam dan tujuan yang kedua adalah cuba menyelamatkan ke-Kristen-an, dalam konteks inilah, Perang Salib keempat boleh dikatakan mengabaikan tujuan yang kedua untuk mendapatkan bantuan logistik bagi Dandolo untuk mencapai tujuan yang utama. Meskipun begitu, Perang Salib Keempat ditentang oleh Paus pada saat itu dan secara am dikenang sebagai suatu kesalahan besar.
Dunia Islam Perang salib mempunyai kesan yang buruk tetapi terlokalisir pada dunia Islam.Dimana persamaan antara "Bangsa Frank" dengan "Tentera Salib" meninggalkan bekas yang amat dalam. Muslim secara tradisional mengalu-alukan Saladin, seorang ksatria Kurdi, sebagai pahlawan Perang Salib. Pada abad ke-21, sebahagian dunia Arab, seperti gerakan kemerdekaan Arab dan gerakan Pan-Islamisme masih terus menyebut penglibatan dunia Barat di Timur Tengah sebagai "perang salib". Perang Salib dianggap oleh dunia Islam sebagai pembunuhan yang kejam dan keji oleh kaum Kristian Eropah.
Kesan yang secara jangka panjang menghancurkan tentang perang salib, menurut ahli sejarah Peter Mansfield, adalah pembentukan mental dunia Islam yang cenderung menarik diri. Menurut Peter Mansfield, "Diserang dari berbagai arah, dunia Islam berpaling ke dirinya sendiri. Ia menjadi sangat sensitive dan defensive ... ... sikap yang tumbuh menjadi semakin buruk seiring dengan perkembangan dunia, suatu proses dimana dunia Islam merasa dikucilkan, terus berlanjutan. "
Komuniti Yahudi Kekerasan tentera Salib terhadap bangsa Yahudi di bandar-bandar di Jerman dan Hungary, belakangan juga berlaku di Perancis dan Inggeris, dan pembunuhan Yahudi di Palestin dan SyriaAnti-Semit, meskipun tidak ada satu perang salib pun yang pernah dikumandangkan melawan Yahudi. Serangan-serangan ini meninggalkan bekas yang mendalam dan kesan yang buruk pada kedua-dua belah pihak selama berabad-abad. Posisi sosial bangsa Yahudi di Eropah Barat semakin merosot dan sekatan meningkat semasa dan sesudah Perang Salib. Hal ini memuluskan jalan bagi legalisasi Anti-Yahudi oleh Paus Innocentius III dan membentuk titik balik bagi Anti-Semit abad pertengahan. menjadi bahagian yang penting dalam sejarah
Tempoh perang salib diungkapkan dalam banyak narasi Yahudi. Diantara narasi-narasi itu, yang terkenal adalah nota-nota Solomon bar Simson dan Rabbi Eliezer bar Nathan, "The Narrative of The Old Persecution" yang ditulis oleh Mainz Anonymus dan "Sefer Zekhirah" dan "The Book of Remembrance" oleh Rabbi Ephrain dari bonn.
Pegunungan Kaukasus Di Pegunungan Kaukasus di Georgia, di dataran tinggi Khevsureti yang terpencil, ada sebuah suku yang disebut Khevsurs yang dianggap merupakan keturunan langsung dari sebuah kumpulan tentera salib yang terpisah dari induk pasukannya dan tetap dalam keadaan terpencil dengan sebahagian budaya perang salib yang masih utuh. Memasuki abad ke-20, peninggalan dari baju perang, persenjataan dan baju rantai masih digunakan dan terus diturunkan dalam komuniti tersebut. Ahli ethnografi Rusia, Arnold Zisserman, yang menghabiskan 25 tahun (1842 - 1862) di pergunungan Kaukasus, percaya bahawa kumpulan dari dataran tinggi Georgia ini adalah keturunan dari tentera Salib yang terkini berdasarkan dari kebiasaan, bahasa, kesenian dan bukti-bukti yang lain. Penjelajah Amerika Richard Halliburton melihat dan mencatat kebiasaan suku ini pada tahun 1935.

No comments:

Post a Comment