Wednesday, August 3, 2011

Perang Salib Ketiga (1189-1192)

Perang Salib Ketiga (1189-1192) merupakan cubaan raja-raja Kristian Eropah untuk merampas Jerusalem dari Salahuddin Al-Ayubbi.
Selepas kegagalan Perang Salib Keduadinasti Zengid menguasai Syriasepenuhnya dan bersengketa dengan pemerintah Fatimiyyah Mesir, yang akhirnya disatukan oleh Salahuddin. Tentera gabungan Mesir dan Syria ini berjaya menawan negeri-negeri Kristian di Eropah hingga membolehkan Salahuddin menawan semulaBaitulmuqaddis pada tahun 1187. Didorong oleh semangat keagamaan, Henry II dari England dan Philip II dari Perancis menamatkan konflik sesama mereka untuk memimpin Perang Salib baru (walaupun kematian Henry pada 1189 meletakkan tentera Inggeris di bawah Richard I). Maharaja Suci Rom Frederick I Barbarossayang telah berumur turut menyahut panggilan ini dan memimpin seketumbukan tentera yang besar menyeberangi Anatolia, namun mati akibat lemas sebelum sampai ke Tanah Suci. Ramai tenteranya yang tawar hati berpatah balik ke tanah air.
Selepas beberapa kejayaan ketenteraan, kuasa Kristian ini bertengkar mengenai rampasan perang; kecewa dengan Richard, waris Frederick Leopold V dari Austriadan Philip berundur dari Tanah Suci pada Ogos 1191. Pada 2 September 1192, Richard dan Salahuddin memuktamadkan satu perjanjian yang menyaksikan Baitulmuqaddis kekal di bawah penguasaan Islam, tetapi membenarkan penziarahKristian yang tidak bersenjata melawat bandar tersebut. Richard kemudian berangkat kembali dari Tanah Suci pada 9 Oktober. Kegagalan Perang Salib Ketiga ini membawa kepada Perang Salib Keempat enam tahun kemudiannya.

Latar belakang
Apabila Jeneral Imad-ed-din Zangi wafat, tempatnya diganti oleh anaknya Nuruddin. Nuruddin yang ketika itu menguasai Damsyik dan seluruh Syria turut ingin menguasai Mesir yang diperintah Kerajaan Fatimiyyah. Nuruddin menghantar panglimanya Asaduddin Shirkuh ke Mesir. Shirkuh ditemani oleh anak saudaranya Salahuddin. Selepas kematian pakciknya pada 1169, Salahuddin Al-Ayubbimenggantikan tempatnya sebagai panglima, dan seterusnya menjadi sultan kedua-dua Mesir dan Syria selepas kewafatan Nuruddin pada tahun 1174. Dengan penyatuan itu, Salahuddin menjadi cukup kuat untuk berlawan dengan kerajaan Kristian di Palestin dan Lubnan. Pada tahun 1187, Salahuddin menawan Jerusalem(Baitulmuqaddis).
Sekali lagi penduduk Eropah merasa terhina. Mereka mendesak raja-raja Eropah untuk bersatu-padu menentang Salahuddin. Akhirnya Richard si Hati Singa, raja England, Philippe Augustus, raja Perancis dan Friedrich Barbarossa, raja Jerman dan Empayar Suci Rom, berpadu tenaga menuju ke Jerusalem. Cukai istimewa dikenakan di kedua-dua negara, Perancis dan England, untuk membiayai Perang Salib ini.

Masalah
Tetapi sebagaimana Perang Salib Kedua, perang ini juga menghadapi masalah. Friedrich mati dalam perjalanan ke Jerusalem dan kebanyakan tentera beliau pulang ke tanah air.
Sementara itu Richard dan Philippe menaiki kapal ke Jerusalem. Richard menawan Cyprus dalam perjalanan ke Jerusalem tetapi beliau menawannya dari saudara Maharaja Rom yang kemudiannya bermusuh dengan Richard. Tentera Perancis dan Inggeris mengepung Acre, sebuah kota pelabuhan dan berjaya menawannya setelah hampir dua tahun. Richard membunuh 2,700 orang tahanan dari Acre kerana duit tebusan yang diminta beliau tidak dibayar.

No comments:

Post a Comment