cerita tentang kehidupan.. buat kenangan dan pengajaran moga semakin hampir aku kepadaMu
Wednesday, August 3, 2011
Perang salib kelima (1218-1221)
Perang salib kelima (1218-1221) diumumkan oleh Paus Innocentius dan Konzil Lateran IV, yang juga menetapkan undang-undang inquisisi dan pelbagai peraturan anti yahudi. Untuk mendapatkan kembali kawalan ke atas pasukan salib, jabatan raja Yerusalem digantikan oleh wakil Paus. Jabatan "raja Jerusalem" ini hanyalah "formalitas idealis", tanpa kuasa sesungguhnya, kerana de facto Jerusalem telah direbut kembali oleh al-Ayubi.Perang Salib Anak-Anakmerupakan julukan yang diberikan untuk beberapa karangan atau kejadian sesungguhnya yang terjadi pada tahun 1212. Seluruh peristiwa ini mengandungi pelbagai unsur seperti: tujuan dari seorang anak laki-laki dari Perancis atau Jerman; hasrat untuk memurtadkan masyarakat Islam di Tanah Suci secara aman; sekumpulan anak-anak yang menuju ke Itali dan anak-anak yang dijual menjadi budak. Suatu analisa yang diterbitkan pada tahun 1977 memaparkan sebuah keganjilan kepada peristiwa ini dan kebanyakan ahli sejarah sekarang percaya bahawa mereka itu bukanlah (atau bukan hanya) anak-anak tetapi beberapa kumpulan orang miskin di Jerman dan Perancis yang setengahnya berhijrah ke Tanah Suci dan sebahagian lain tidak . Kebanyakan versi awal peristiwa ini yang diceritakan selama berabad-abad diragukan kebenarannya.CeritaVERSI KUNOPandangan tradisi mengenai Perang Salib anak-anak yang terdapat pelbagai versi yang mempunyai tema serupa. [1] Seorang anak laki-laki awalnya berkotbah di Perancis atau Jerman dengan menyeru Yesus memberkatinya dan memberitahu dia supaya memimpin tentera untuk memurtadkan orang Islam secara aman. Melalui beberapa kejadian mukjizat, budak ini mendapat pengikut yang boleh dikatakan banyak sekitar 30,000 kanak-kanak. Dia memimpin pengikutnya ke selatan ke arah Laut Mediterranean, dengan kepercayaan laut itu akan terbelah apabila ketika mereka sampai mempersilakan mereka melanjutkan perjalanan menuju Jerusalem.Tetapi itu semua tidak pernah terjadi. Dua orang saudagar pun kemudian menjadi kanak-kanak ini menumpang ke dalam kapal mereka. Tetapi malah anak-anak tersebut dibawa keTunisia dan dijual sebagai budak dan sebahagian mati kerana kapal mereka karam di Pulau San Pietro ketika angin ribut kencang. Dalam versi yang lain, mereka gagal sampai ke laut kerana mati kelaparan.VERSI MODERNDalam analisa terkini menunjukkan terdapat dua pergerakan manusia pada setiap tingkatan usia pada tahun 1212 di Jerman dan Perancis. [1] Persamaan kedua-dua pergerakan ini untuk menyamakan dengan cerita ini.Dalam pergerakan pertama, Nicholas, seorang penggembala dari Jerman, memimpin satu kumpulan dari Alps ke Itali pada awal musim semi tahun 1212.Sebanyak 7,000 orang sampai di Genoa pada akhir bulan Ogos. Tetapi rancangan mereka gagal kerana air laut tidak terbelah seperti yang dijanjikan dan kumpulan itu berpecah. Setelah kembali ke kampung halaman, ada yang ke Rom dan mungkin ada yang ke Marseilles di mana kemungkinan mereka dijual sebagai budak. Hanya sedikit yang kembali ke kampung halaman dan tidak ada seorang pun sampai ke Tanah Suci.Dalam pergerakan kedua dipimpin oleh penggembala Perancis bernama Stephen dari Cloyes yang menyeru bahawa dia mempunyai perjanjian antara Raja Perancis dengan Yesus. Dia berjaya membuat pasukan sebanyak 30,000 orang di mana beliau digosipkan mempunyai keajaiban. Dengan perintah Raja Philip II dan penasihat dari Universiti Paris, mereka kemudian pulang kembali ke rumah masing-masing.
Perang Salib KelimaSebahagian dari Perang Salib
Mesir
Komandan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment